Sepuh sampai ke ganjar. 1/6 keris Zull beli from Asri in thailand
Mainan seni sepuhan pada keris Patani Pandai Saras besi sebatang.
Seni sepuhan merupakan salah satu trademark perkerisan Patani. Ia merupakan satu seni yang merupakan satu kerja tambahan yang perlu dibuat di atas sesebilah keris. Semakin rumit seni sepuhan, semakin tinggi hierarki sesebilah keris.
Kemungkinan juga ia dibuat untuk membezakan 2 bilah keris yang sama dari segenap segi kecuali teknik sepuhan seperti pamor yang berlainan membezakan 2 bilah keris.
Bermacam2 gaya dan teknik sepuhan yang ada. Sepuhan berbentuk V, sepuhan berbentuk bulat, sepuhan anak panah dan bermacam2 lagi.
Sepuhan ini dibuat dengan cara pengolahan/perawatan suhu pembakaran (different heat treatment). Bahagian yang berwarna hitam dibakar pada suhu yang sangat tinggi manakala bahagian yang lebih cerah dibakar dengan suhu yang lebih rendah. Berkemungkinan juga tanah liat digunakan untuk melindungi bahagian yang cerah dari terkena haba pembakaran yang tinggi.
Dengan teknik cucian yang betul, dapat menyerlahkan lagi seni sepuhan pada sebilah keris sekiranya ada.